Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aidil Sharin terus terajui KCFC
  • SUKAN

Aidil Sharin terus terajui KCFC

Utusan Sarawak 1 hour ago
KUCHING City FC (KCFC) terus menaruh keyakinan penuh terhadap kemampuan Aidil Sharin Sahak apabila mengumumkan lanjutan kontrak Ketua Jurulatih itu selama tiga tahun sehingga 2029.

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) terus menaruh keyakinan penuh terhadap kemampuan Aidil Sharin Sahak apabila mengumumkan lanjutan kontrak Ketua Jurulatih itu selama tiga tahun sehingga 2029.

Pengumuman menerusi kenyataan rasmi kelab hari ini itu dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan kesinambungan pembangunan serta kestabilan pasukan The Cats di pentas bola sepak negara.

Aidil yang berasal dari Singapura mula mengendalikan KCFC pada Ogos 2023 bagi menggantikan Irfan Bakti Abu Salim dan sejak itu berjaya membawa perubahan positif kepada corak permainan serta prestasi pasukan.

Di bawah kendaliannya, KCFC dilihat semakin menyerlah dan muncul antara pencabar utama dalam saingan Liga Super Malaysia musim 2024/2025.

Pengerusi KCFC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Aidil memainkan peranan besar dalam membentuk budaya berpasukan yang lebih mantap selain membantu mencipta pelbagai pencapaian membanggakan buat kelab tersebut.

Menurut beliau, pihak pengurusan percaya kesinambungan kepimpinan Aidil mampu memberikan kestabilan dan momentum positif dalam usaha membina masa depan lebih gemilang buat KCFC.

“Beliau memiliki visi jelas serta dedikasi tinggi untuk terus memacu perkembangan pasukan ke tahap lebih baik,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Aidil turut menerima pengiktirafan sebagai Jurulatih Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) musim 2024/2025 hasil kejayaannya meningkatkan prestasi pasukan sepanjang musim lalu.

Dalam masa sama, Fazzrudin turut merakamkan penghargaan kepada penyokong, penaja dan rakan strategik yang terus memberikan sokongan padu kepada perjalanan kelab itu.

Beliau menegaskan KCFC komited untuk terus melangkah lebih jauh bersama Aidil dalam merealisasikan aspirasi jangka panjang pasukan.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kos pemecatan Amorim cecah RM89.5 juta buat Manchester United
Next: Barcelona setuju bayar lebih RM367.80 juta untuk dapatkan Gordon dari Newcastle

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.