Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AI tidak mampu ganti peranan wartawan – Soon Koh
  • Tengah
  • WILAYAH

AI tidak mampu ganti peranan wartawan – Soon Koh

Utusan Sarawak 5 hours ago
UNTUK ALBUM…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh merakam kenangan bersama wartawan yang hadir pada majlis sambutan Hari Gawai anjuran Persatuan Wartawan Sibu (SJA) di Hotel Tanahmas, semalam.

SIBU: Kecerdasan buatan (AI) tidak akan dapat menggantikan peranan wartawan kerana profesion itu memerlukan pertimbangan manusia, empati dan pengalaman yang tidak mampu ditiru oleh teknologi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, walaupun AI semakin berkembang dan boleh membantu dalam pelbagai aspek kerja media, teknologi itu tidak dapat mengambil alih peranan sebenar wartawan.

Menurutnya, kewartawanan bukan sekadar mengumpul maklumat, sebaliknya memerlukan wartawan turun ke lapangan untuk menyaksikan sendiri sesuatu peristiwa dan memahami situasi sebenar yang berlaku.

“AI mungkin mampu membantu dalam pelbagai aspek kerja kewartawanan, namun ia tidak akan dapat menggantikan nilai sebenar profesion ini.

“Wartawan bukan hanya melaporkan fakta, tetapi turut memahami emosi manusia, suasana di lapangan, hubungan sosial serta keunikan sesebuah komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak anjuran Persatuan Wartawan Sibu (SJA) di Hotel Tanahmas, semalam.

Beliau berkata, kemampuan memahami konteks dan membina hubungan dengan masyarakat merupakan antara kekuatan utama wartawan yang sukar digantikan oleh teknologi.

Pada masa sama, Wong berkata perkembangan teknologi digital turut membawa cabaran baharu termasuk penyebaran berita palsu, manipulasi maklumat serta kandungan mengelirukan di platform digital.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam menilai maklumat dan mendapatkan berita daripada organisasi media yang berwibawa bagi mengelakkan terpengaruh dengan maklumat tidak sahih.

Dalam perkembangan berkaitan, Wong turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada SJA bagi membantu persatuan itu melaksanakan program dan aktiviti pada masa hadapan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ceramah pencegahan jenayah komersial tingkat kesedaran warga sekolah di Bau
Next: Asrama bantu bentuk disiplin dan sikap berdikari murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.