KUCHING: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Kuching pagi ini bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama dua hari di Sarawak.
Beliau tiba pada 8.45 pagi di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuching dengan menaiki pesawat khas TUDM.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.
Sepanjang lawatan, Ahmad Zahid dijadualkan menghadiri Taklimat Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.
Esok, beliau akan menghadiri Program Pekebun Kecil Makmur dan Sambutan Pra-Gawai RISDA Negeri Sarawak 2025 yang bakal berlangsung di Rumah Guang Latip, Kampung Raeh, Siburan, sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Turut menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben, serta Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzruddin Abdul Rahman.