Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ahmad Zahid cadang serap petugas kontrak KEMAS ke jawatan tetap
  • PENDIDIKAN

Ahmad Zahid cadang serap petugas kontrak KEMAS ke jawatan tetap

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

PASIR SALAK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan harapan agar cadangan penyerapan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ke jawatan tetap dapat dimasukkan dalam Belanjawan 2026.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan berkenaan kini di peringkat perbincangan dan sekiranya dilaksanakan, ia tidak melibatkan perjawatan baharu atau sebarang perbelanjaan tambahan.

“Jika ini dilaksanakan ia boleh dijadikan sebagai satu penanda aras untuk lain-lain jawatan kontrak yang akan menjadi jawatan tetap tanpa berpencen. 

“Kita telah minta supaya secepat mungkin (pelaksanaan rancangan itu), jika ia memberikan faedah dan tidak menimbulkan polemik, sebaik-baiknya dimasukkan di dalam Belanjawan 2026,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan Program Santunan Desa KEMAS Negeri Perak Bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Komuniti KEMAS di Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah Khairul Azwan Harun yang juga Pengerusi Komuniti KEMAS Parlimen Pasir Salak serta Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Hanafiah Man.

Pada 27 Februari lepas, Mohd Hanafiah berkata pihaknya dalam proses membawa cadangan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerap kira-kira 15,600 petugas kontrak di seluruh negara kepada jawatan tetap.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Ekspo Pendidikan PPD Sarikei platform rancang masa depan pelajar
Next: Pertandingan Robotik dan Reka Bentuk 1.0 perkasa belia kuasai STEM, TVET

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.