
KUCHING: Ahmad Selihin Che Said dilantik sebagai Pengarah baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak selepas menerima nota serah tugas hari ini.
Beliau akan memulakan tugas rasmi sebagai Pengarah JBALB berkuat kuasa esok. Sebelum ini Ahmad Selihin memegang jawatan merupakan Timbalan Pengarah (Operasi) JBALB.
Majlis yang berlangsung di Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak itu disaksikan oleh Setiausaha Tetap MUT Sarawak, Datu Jafri Lias.
Pelantikan Ahmad Selihin menggantikan Datu Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan yang menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Pengarah JBALB pada hari ini setelah berkhidmat sejak 2 Januari 2024.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy Berhad Dato James Ung, wakil Sarawak Water Sdn Bhd Mohamad Adzman Abdullah dan ketua-ketua jabatan serta jemputan lain.
Oleh Norman B