Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu
  • NASIONAL

Ahmad Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih sebulan lepas.

Timbalan Setiausaha Agung PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi (MT) gabungan berkenaan di ibu pejabat PAS di sini hari ini.

“Mesyuarat juga meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata isu kedudukan ketua pembangkang baharu di Parlimen bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Bersatu masih dalam perbincangan.

Beliau berkata perkara itu ada dibangkitkan dalam mesyuarat berkenaan dengan parti-parti komponen bersetuju supaya jawatan ketua pembangkang dipegang PAS.

“… tapi belum ada keputusan lagi kerana PAS memerlukan sedikit masa untuk meneliti perkara ini,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih RM123 juta diluluskan kepada 1,048 RIBI di seluruh negara di bawah Kerajaan MADANI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.