Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ahmad Johnie tegas perjuang isu pendidikan, kemudahan asas di Parlimen Igan
  • PENDIDIKAN

Ahmad Johnie tegas perjuang isu pendidikan, kemudahan asas di Parlimen Igan

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNTUK KENANGAN…. Ahmad Johnie merakam kenangan bersama guru dan pelajar SK Semah, Daro pada majlis sambutan Hari Guru sekolah tersebut, baru-baru ini. Foto UKAS

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan isu berkaitan pendidikan dan kemudahan asas di kawasan Parlimen Igan bagi memastikan tiada murid tercicir akibat kekangan geografi dan infrastruktur.

UNTUK RAKYAT…..Ahmad Johnie menyempurnakan perasmian laluan titian SK Nanga Semah. Foto UKAS

Menurut beliau, kejayaan pendidikan di kawasan luar bandar memerlukan kerjasama padu antara semua pihak termasuk pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ketua kaum, tuai rumah serta masyarakat setempat.

“Kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada peranan guru semata-mata, tetapi juga kepada penglibatan aktif komuniti. Pendidikan adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Semah di sini baru-baru ini.

AMANAT… Ahmad Johnie semasa berucap pada majlis sambutan Hari Guru SK Semah, Daro baru-baru ini. Foto UKAS

Ahmad Johnie turut menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan para pendidik, khususnya di kawasan luar bandar, dalam membentuk masa depan generasi muda serta membina sahsiah pelajar.

“Guru adalah seperti lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain. Mereka berkorban tanpa mengira masa dan keadaan untuk memastikan anak-anak berjaya dalam pendidikan,” ujarnya.

Tambah beliau, kejayaannya hari ini sebagai seorang wakil rakyat juga adalah hasil didikan guru-guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerjasama PTTEP-UTS buka laluan pembangunan tenaga mahir tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.