Ahmad Johnie santuni warga Tabika Kampung Loba Balu, Matu

Facebook
WhatsApp
AHMAD JOHNIE….Menyantuni warga Tabika Kampung Loba Balu, Matu.

MATU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, menyantuni ibu bapa serta warga Tabika Kampung Loba Balu semalam dengan menghadiri jamuan makan yang diadakan di tabika berkenaan.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh ibu bapa dan warga tabika yang bergotong-royong menyediakan pelbagai juadah tradisi secara potluck, sekali gus mencerminkan keakraban hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

JUADAH yang disediakan oleh ibu bapa dan warga Tabika Kampung Loba Balu, Matu.

Dalam suasana santai, Ahmad Johnie turut beramah mesra dengan hadirin serta menzahirkan penghargaan terhadap usaha ibu bapa dan pendidik dalam membentuk asas pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut beliau, pembangunan generasi masa depan bermula daripada pendidikan awal yang berkualiti dan akan terus menjadi keutamaan dalam agenda beliau.

Oleh Akun Giman

Warga media Sarawak hargai insentif RM700

KUCHING, 21 Oktober: Pengamal media di Sarawak menyifatkan pemberian insentif sekali bayar sebanyak RM700 menerusi Belanjawan Sarawak 2027 sebagai pengiktirafan