Ahmad Johnie santuni warga SK Kampung Pergau sempena majlis Iftar Jamaie

Facebook
WhatsApp
SUMBANGAN… Ahmad Johnie menyampaikan sumbangan kepada pelajar sebagai usaha membantu meringankan beban sempena Ramadan. Foto Facebook Parlimen P207 Igan

MATU: Program Iftar Jamaie bersama warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pergau berlangsung meriah di dataran sekolah tersebut, semalam.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Ahmad Johnie dalam ucapannya menekankan kepentingan menuntut ilmu serta memanfaatkan keberkatan Ramadan khususnya pada sepuluh malam terakhir yang menjanjikan ganjaran besar kepada umat Islam.

RASMI… Ahmad Johnie merasmikan papan putih Smartboard sumbangan kepada warga SK Kampung Pergau bagi menyokong kaedah pembelajaran lebih interaktif dan selari dengan keperluan pendidikan masa kini. Foto Facebook Parlimen P207 Igan

Beliau turut menggalakkan amalan bersedekah dan saling membantu sebagai usaha menyemai nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Majlis turut diserikan dengan pengisian tazkirah Ramadan serta bacaan taranum al-Quran oleh pelajar sekolah yang dipersembahkan dengan alunan merdu dan penuh penghayatan.

Pada majlis tersebut, Ahmad Johnie menyampaikan sumbangan kepada pelajar sebagai usaha membantu meringankan beban sempena Ramadan.

MERIAH… Sekitar kemeriahan Program Iftar Jamaie bersama warga SK Kampung Pergau di dataran sekolah tersebut, semalam. Foto Facebook Parlimen P207 Igan

Selain itu, beliau turut merasmikan penggunaan papan Smartboard yang merupakan sumbangan kepada warga sekolah tersebut bagi menyokong kaedah pembelajaran lebih interaktif dan selari dengan keperluan pendidikan masa kini.

Program diakhiri dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah bersama warga SK Kampung Pergau.

Oleh Akun Giman