Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahmad Johnie sampaikan sumbangan wang tunai kepada surau dan masjid
  • Tengah
  • WILAYAH

Ahmad Johnie sampaikan sumbangan wang tunai kepada surau dan masjid

Utusan Sarawak 22 hours ago
SUMBANGAN….Ahmad Johnie menyampaikan sumbangan kepada wakil surau dan masjid pada majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Tian, Matu, semalam

MATU: Sebanyak 59 surau dan masjid di kawasan Parlimen Igan menerima sumbangan wang tunai sebagai usaha berterusan membantu pengimarahan institusi tersebut, khususnya sepanjang Ramadan.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyampaikan sumbangan tersebut pada majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Tian, di sini, semalam.

Dalam ucapannya, beliau menggesa umat Islam agar terus meningkatkan amalan sepanjang bulan yang mulia ini dengan penuh keimanan dan keikhlasan, di samping berharap segala ibadah serta puasa yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.

Majlis tersebut turut diserikan dengan acara berbuka puasa bersama serta solat Maghrib berjemaah bersama para hadirin.

BAKUL MAKANAN….Ahmad Johnie menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf dari Kampung Tian.

Pada majlis sama, golongan asnaf dari Kampung Tian turut menerima sumbangan bakul makanan bagi membantu meringankan beban mereka membuat persiapan serta menjalani ibadah sepanjang Ramadan.

Program tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh peranan masjid dan surau sebagai pusat ibadah serta penyatuan masyarakat di Parlimen Igan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pemimpin komuniti perlu sesuaikan diri dengan era digital, AI
Next: Hari keluarga eratkan silaturahim masyarakat Berawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.