Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahmad Johnie mahu isu renjatan elektrik sekolah dibawa ke Dewan Rakyat
  • SEMASA

Ahmad Johnie mahu isu renjatan elektrik sekolah dibawa ke Dewan Rakyat

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHMAD Johnie Zawawi berjanji akan membawa isu renjatan elektrik sekolah ke Dewan Rakyat yang dijadual bersidang pada 22 Jun depan.

SIBU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi melahirkan rasa dukacita susulan kematian seorang pelajar tingkatan empat di SMK Toh Puan Datuk Patinggi Hjh Normah (TPDPH) Normah Daro akibat renjatan elektrik, malam tadi.

Ahmad Johnie berkata, beliau berjanji akan membawa isu tersebut ke Dewan Rakyat yang dijadual bersidang pada 22 Jun depan.

“Saya akan memaklumkan perkara itu sendiri kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek supaya tindakan segera dapat diambil demi keselamatan warga sekolah,” katanya ketika mengulas tentang insiden tersebut menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Menurutnya, kejadian itu mempunyai kaitan dengan isu sekolah daif di Sarawak yang bukan sahaja melibatkan struktur bangunan usang dan kekurangan fasiliti, malah turut membabitkan aspek keselamatan sistem pendawaian elektrik di sekolah.

“Sekolah daif di Sarawak bukan hanya mengenai bangunan uzur dan kemudahan yang serba kekurangan, tetapi Kementerian Pendidikan (KPM) juga perlu memastikan sistem pendawaian elektrik di sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.

Beliau berkata, terdapat pendawaian elektrik di sesetengah sekolah yang telah berusia lebih 15 tahun dan memerlukan perhatian segera.

Sehubungan itu, beliau menggesa KPM mengambil tindakan sewajarnya termasuk melaksanakan audit menyeluruh di semua sekolah bagi mengelakkan kejadian renjatan elektrik yang boleh meragut nyawa atau menyebabkan kebakaran daripada berulang.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Delegasi Jerman lihat Sarawak destinasi pelaburan berpotensi tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.