Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahmad Ibrahim angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua
  • SEMASA

Ahmad Ibrahim angkat sumpah Ahli Dewan Negara penggal kedua

Utusan Sarawak 3 days ago
SENATOR Datuk Ahmad Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa hari ini hingga 22 Julai 2028. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Ahmad Ibrahim hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Pelantikan bagi penggal kedua selepas dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak itu berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun hingga 22 Julai 2028. Sebelum ini, Ahmad, 55, dipilih sebagai Senator berkuat kuasa 22 Julai 2022 hingga 21 Julai 2025.

Awang Bemee dalam ucapannya mengalu-alukan pelantikan semula itu dan mengingatkan semua Ahli Dewan Negara sentiasa memahami isu semasa serta mendukung prinsip dan peranan Dewan itu sebagai badan legislatif tertinggi negara.

Pada sidang media selepas itu, Ahmad berkata pelantikan semula tersebut merupakan mandat untuk beliau terus mempertahankan hak serta keistimewaan Sarawak dalam kerangka Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

Anak kelahiran Kanowit itu berkata beliau akan meneruskan amanah yang diberikan dengan lebih tekad, semangat dan kesungguhan serta dengan sokongan ahli-ahli di Dewan Negara.

“Marilah kita terus melangkah ke hadapan bukan hanya sebagai suara bantahan, tetapi sebagai suara harapan bukan untuk memecah belah tapi untuk memperkukuh perpaduan.

“Bukan sekadar mempertahankan tempat Sarawak dalam Malaysia, tapi membentuk masa hadapan Malaysia dengan suara Sarawak yang kukuh dan kuat sebagai tulang belakangnya,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pemberian RM100, ringankan beban rakyat
Next: Cuti 15 September: Hadiah perpaduan buat rakyat Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.