Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya PERKESO
  • MAHKAMAH

Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya PERKESO

Utusan Sarawak 22 hours ago

KUALA LUMPUR:  Seorang ahli perniagaan didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan pilihan memperdaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhubung kursus dan latihan tidak wujud membabitkan wang berjumlah RM496,000, lima tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas P Sathia Seelan, 52, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan pilihan semasa sebutan kes hari ini.

Suzana turut memerintahkan lelaki berkenaan dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-10, Sathia Seelan didakwa memperdaya dua pegawai PERKESO untuk mempercayai dokumen mengandungi senarai nama kehadiran dan tandatangan peserta bagi tiga kursus yang tidak pernah dijalankan atas nama lima syarikat bertarikh antara 4 Disember 2020 dan 22 Julai 2021.

Perbuatan itu mendorong PERKESO membuat bayaran RM496,000 kepada Syarikat Global Education Network Sdn Bhd milik tertuduh, sedangkan bayaran tidak akan dibuat jika pertubuhan itu tidak diperdaya.

Sathia Seelan didakwa melakukan perbuatan itu di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Menara Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, PERKESO di Putrajaya antara 23 Disember 2020 dan 12 Ogos 2021 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu dalam prosiding sama, rakannya R Nanthagopal, 43, turut didenda RM300,000 atau penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah bersubahat dengan Sathia Seelan atas kesalahan sama, serta di tempat dan masa sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap kedua-dua tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Peguam R Babu Naidu yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan sejak 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasangan suami isteri dihadap ke mahkamah atas 4 tuduhan mengedar, memiliki dadah
Next: Lelaki warga Indonesia dipenjara 16 tahun, 6 sebatan kerana amang seksual terhadap remaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.