Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ahli perniagaan ‘berputih mata’, RM560,000 lesap kena tipu
  • JENAYAH

Ahli perniagaan ‘berputih mata’, RM560,000 lesap kena tipu

Utusan Sarawak 7 months ago

'Jangan layan panggilan daripada orang tidak dikenali' - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata.

KUCHING: Ahli perniagaan berusia 50-an ‘berputih mata’ apabila wangnya berjumlah RM560,000 lesap setelah terperdaya oleh scammer.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata yang mengesahkannya berkata kes penipuan itu bermula pada pertengahan September lalu apabila mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

Katanya, individu itu mendakwa terdapat bungkusan di Perlis dipercayai milik mangsa.

“Mangsa diminta oleh suspek menghubungi seorang lagi individu yang mengaku sebagai anggota polis yang bekerja di Perlis. 

“Mangsa mengeluarkan wang daripada akaunnya dan melakukan beberapa transaksi dalam talian ke akaun bank pada awal Oktober tahun ini, berjumlah RM560,000. 

“Dia hanya menyedari dirinya ditipu selepas berkongsi dengan isterinya mengenai kejadian itu,” katanya.

Mancha menggesa orang ramai supaya tidak melayan panggilan daripada orang yang tidak dikenali. 

Continue Reading

Previous: Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri esok
Next: Hukuman mati Azilah diringankan kepada 40 tahun penjara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.