Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ahli Parlimen Sri Lanka ditahan
  • GLOBAL

Ahli Parlimen Sri Lanka ditahan

Utusan Sarawak 3 years ago

JAGA… Anggota tentera laut berkawal di luar ibu pejabat polis Sri Lanka , ketika penunjuk perasaan mengadakan
demonstrasi antikerajaan menuntut penahanan penyokong kerajaan yang didakwa menyerang penunjuk perasaan
aman menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa di tengah-tengah krisis ekonomi yang berterusan.
• Foto AFP

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan dua ahli Parlimen parti pemerintah kerana didakwa mencetuskan keganasan perusuh yang menjerumuskan negara ke dalam kekacauan berhari-hari dan menyebabkan sembilan orang terbunuh minggu lalu, kata pegawai hari ini.

Anggota Parlimen, kedua-duanya daripada parti Presiden Gotabaya Rajapaksa(Gambar), disoal siasat oleh penyiasat jenayah petang semalam dan ditahan semalaman, kata seorang pegawai polis, yang enggan dikenali.

“Terdapat bukti langsung terhadap kedua-dua ahli Parlimen itu dan sebab itu mereka ditangkap,” kata pegawai itu.

Sanath Nishantha dan Milan Jayathilake adalah antara 22 ahli politik – termasuk bekas perdana menteri Mahinda Rajapaksa dan anaknya Namal – yang pasport mereka disita minggu lalu berikutan dakwaan mereka mencetuskan keganasan.

Pada 9 Mei, beribu-ribu penyokong parti pemerintah yang dibawa masuk ke ibu negara menyerang demonstrasi aman oleh penunjuk perasaan antikerajaan yang menuntut Presiden Rajapaksa meletakkan jawatan berikutan krisis ekonomi yang telah melumpuhkan negara.

Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa ketika itu – abang presiden – meletak jawatan sejurus selepas serangan gerombolan itu yang mencetuskan keganasan dan pembakaran, dengan lebih 70 rumah pemimpin parti pemerintah musnah.

Lebih 225 orang dimasukkan ke hospital akibat keganasan itu, menurut pegawai kesihatan.

Polis berkata, mereka telah menahan kira-kira 500 orang berhubung keganasan dan tindakan balas. – AFP

Continue Reading

Previous: China miliki 395 muzium
Next: Feri bawa 800 penumpang berjaya dibebaskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.