Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ahli Parlimen pembangkang belum kemukakan surat rasmi bincang peruntukan
  • TEMPATAN

Ahli Parlimen pembangkang belum kemukakan surat rasmi bincang peruntukan

Utusan Sarawak 2 years ago
Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof. Foto Herriey Naha

KUCHING: Kerajaan Perpaduan tidak akan mengadakan rundingan berkaitan peruntukan selagi Ahli Parlimen pembangkang tidak mengemukakan surat rasmi.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

“Perikatan Nasional (PN) sudah dimaklumkan untuk buat permohonan bersyarat secara bertulis. Selagi kita (Kerajaan Madani) belum terima surat rasmi, bermakna tidak akan berlaku sebarang rundingan.

“Kalau kita ingat, sewaktu kerajaan Keluarga Malaysia ada Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dan ada rundingan.

“Jadi yang ini belum berlaku… macam orang meminang, macam mana nak bincang kalau orang tak menawarkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau yang turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Pada masa sama, Fadillah juga mengakui bahawa baru-baru ini beliau dan Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengadakan perjumpaan, namun ia adalah pertemuan tidak rasmi.

Fadillah sebelum ini dilaporkan telah meminta Takiyuddin mengemukakan perincian cadangan secara bertulis, sebelum rundingan mengenainya dimulakan.

Selain itu, beliau juga tidak menetapkan had masa khusus untuk Ketua Whip Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan cadangan berhubung perkara berkenaan.

PN telah melantik tiga wakil yang terdiri daripada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dan Takiyuddin untuk menyertai rundingan itu.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Pemaju perumahan disaran aplikasikan binaan rumah dilengkapi solar  
Next: SUKMA 2024 Sarawak: Taekwondo antara 26 sukan bakal dipertandingkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.