Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahli Parlimen Miri sokong usaha pembersihan dasar laut dan pesisir pantai
  • Utara
  • WILAYAH

Ahli Parlimen Miri sokong usaha pembersihan dasar laut dan pesisir pantai

Utusan Sarawak 2 days ago
UNTUK ABLUM…Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri, Christopher Jemat Amie (lima dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta program Operasi Pembersihan Bawah Air – Operasi Kedua di Miri, hari ini.

MIRI: Usaha membersihkan dasar laut dan pesisir pantai perlu dijadikan agenda berterusan bagi memastikan ekosistem marin terus terpelihara sekali gus menyokong pembangunan pelancongan di bandar raya ini.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) atas penganjuran Operasi Pembersihan Bawah Air – Operasi Kedua yang berlangsung di sini hari ini.

Beliau berkata Miri dianugerahkan keindahan semula jadi yang menjadi aset penting Sarawak.

“Usaha seperti ini bukan sahaja membantu melindungi alam sekitar, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat dan sektor pelancongan. Saya difahamkan ini merupakan operasi kedua bagi tahun ini. Tahniah kepada NSJA kerana konsisten melaksanakannya,” ujarnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri, Christopher Jemat Amie.

Chiew turut menzahirkan penghargaan kepada sukarelawan, komuniti setempat dan pasukan penyelam yang berganding bahu menjayakan operasi kali kedua tahun ini.

Menurutnya, kerjasama pelbagai pihak membuktikan kesedaran masyarakat semakin meningkat dalam menjaga kebersihan perairan demi kesejahteraan generasi akan datang.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM164,000 geran MRP disalurkan kepada 40 penerima di kawasan DUN Meradong
Next: Flood solution urgently needed at Lorong Angsana 4A, says Wong King Yii

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.