Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahli Parlimen Miri sambut baik inisiatif BUDI95, harap pelaksanaan lancar
  • SEMASA

Ahli Parlimen Miri sambut baik inisiatif BUDI95, harap pelaksanaan lancar

Utusan Sarawak 5 days ago
BINCANG… Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man (kiri) bersama Ketua Maxim Miri Gary Jali Lim.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man  menyambut baik penjelasan kerajaan mengenai pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 menerusi inisiatif BUDI95 yang memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif.

Beliau berkata, langkah kerajaan mengekalkan kelayakan tanpa mengira tahap pendapatan dengan had 300 liter sebulan bagi petrol bersubsidi adalah wajar dan munasabah untuk kegunaan isi rumah.

“Ini merupakan keistimewaan khusus untuk rakyat Malaysia. Tambahan pula, harga RON95 selepas subsidi yang diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, telah memberikan kelegaan tambahan kepada rakyat.

“Kami amat menghargai usaha baik Kerajaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Chiew berkata, tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan di lapangan.

“Kami sedia maklum terdapat terminal pembaca MyKad disediakan di dalam kedai stesen minyak dan juga pada pam, bagi mengurangkan risiko kesesakan.

“Terdapat juga pilihan dompet digital seperti Touch ‘n Go (TNG) dan aplikasi seperti Setel (PETRONAS). Kami menghargai usaha semua agensi pelaksana serta pengusaha stesen minyak.

“Walau begitu, pantauan rapi bagi pelaksanaan tetap diperlukan supaya peralihan berjalan lancar dan mengelakkan situasi rakyat terpaksa membayar harga tidak bersubsidi hanya kerana kekangan proses pengesahan,” ujarnya.

Beliau  turut mengingatkan bahawa sektor komersial serta kumpulan seperti pemandu e-hailing yang bergantung pada RON95 untuk mencari rezeki juga perlu diberi perhatian.

“Saya sendiri telah bertemu pengurusan Maxim Miri untuk membincangkan permohonan had siling lebih tinggi bagi pemandu e-hailing dan kini menunggu makluman lanjut daripada kerajaan,” jelasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya merujuk maklumat rasmi Kementerian Kewangan (MOF) berkaitan BUDI95 dan memberi jaminan akan terus memantau pelaksanaan sistem itu di Miri agar ia berjalan lancar serta adil kepada rakyat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: CENTEXS, Biro Wanita SABERKAS meterai MoU perkasa wanita Sarawak
Next: Tayangan filem Divertimento perkukuh hubungan budaya Perancis-Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.