Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ahli Parlimen Miri komited tingkat akses pendidikan di Sarawak
  • PENDIDIKAN

Ahli Parlimen Miri komited tingkat akses pendidikan di Sarawak

Utusan Sarawak 18 hours ago
MENYAMPAIKAN…Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) menyampaikan surat pelantikan ‘Ahli Friends of Ministry’ (FOM) kepada Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (kiri) di Putrajaya hari ini.


MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, menyifatkan pelantikan beliau sebagai ‘Ahli Friends of Ministry’ (FOM) oleh Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai satu platform penting untuk menyuarakan keperluan pendidikan rakyat.

Beliau berkata, keutamaan akan diberikan kepada isu berkaitan kemudahan dan akses pendidikan, khususnya di kawasan Miri serta Sarawak secara amnya.


“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) atas jemputan menghadiri Sesi Pertemuan Friends of Ministry (FOM) di Putrajaya pada hari ini dan atas kepercayaan menamakan saya sebagai salah seorang Ahli Friends of Ministry.

“Pelantikan ini memberi saya ruang, selaku Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan, untuk berperanan sebagai jambatan komunikasi dua hala antara rakyat dan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Ia juga membolehkan saya menyampaikan dasar-dasar pendidikan secara tepat di peringkat akar umbi serta menyalurkan maklum balas secara langsung kepada pihak atasan kerajaan dalam sektor pendidikan,” kata Chiew dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam sesi tersebut, Chiew mengambil peluang mengemukakan beberapa perkara penting demi kepentingan warga Sarawak khususnya di Miri.

“Saya juga berbincang tentang dasar-dasar pendidikan terutamanya perkara yang dibangkitkan dalam kerangka RMK-13 yang bakal dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

“Saya juga memohon perhatian kementerian untuk memantau rapi projek-projek pembinaan dan naik taraf sekolah di Miri yang tertangguh seperti SK Sayed Othman dan SMK Tudan agar dapat dipercepatkan demi keselesaan pelajar dan guru.

“Saya turut menyatakan penghargaan tentang pengambilan program Matrikulasi dengan menetapkan bahawa pelajar yang memperoleh 10 gred A termasuk A- dapat terus diberi tempat dalam program matrikulasi seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini,” katanya.

Beliau komited untuk menyebarluaskan dasar-dasar pendidikan KPM di Miri, mendengar suara dan keperluan masyarakat, memantau pelaksanaan dasar di peringkat akar umbi, serta memastikan setiap murid tanpa mengira latar belakang mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Isu kekurangan guru, pengetua di SMK Lawas dibawa ke Parlimen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.