Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahli Parlimen Miri gesa perkasakan kokurikulum dan literasi digital dalam kalangan pelajar
  • Utara
  • WILAYAH

Ahli Parlimen Miri gesa perkasakan kokurikulum dan literasi digital dalam kalangan pelajar

Utusan Sarawak 9 hours ago
UNTUK ALBUM…Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man (berdiri dua belas dari kanan) hadir pada program JOTA-JOTI Peringkat Kebangsaan Daerah Miri, petang tadi.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, menggesa agar aktiviti kokurikulum dan literasi digital terus diperkuat di sekolah-sekolah bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berakhlak, berdisiplin dan bijak menilai maklumat dalam era digital masa kini.

Menurutnya, program tersebut bukan sekadar mempertemukan para pengakap melalui teknologi komunikasi, malah membina jaringan persahabatan serta pertukaran ilmu antara pelajar dari pelbagai tempat.

“Teknologi membawa kemudahan dan kuasa baharu, namun hadir bersama cabaran seperti maklumat palsu, kandungan tidak sihat dan penipuan dalam talian. Literasi digital perlu dipupuk sejak di bangku sekolah agar pelajar tahu menilai sumber maklumat dan tidak mudah terpengaruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program JOTA-JOTI (Jamboree On The Air & Jamboree On The Internet) Peringkat Kebangsaan Daerah Miri, yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak, Daerah Miri dengan kerjasama SMK Merbau di sini petang tadi.

Chiew turut menghargai peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Miri yang terlibat memberi penerangan mengenai keselamatan internet kepada pelajar.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh keprihatinan masyarakat terhadap insiden-insiden membabitkan pelajar di institusi pendidikan kebelakangan ini.

Beliau menegaskan bahawa pembinaan sahsiah dan nilai murni adalah sama pentingnya dengan pencapaian akademik.

“Penglibatan murid dalam aktiviti beruniform seperti Pengakap penting kerana ia mendidik pelajar tentang disiplin diri, kepimpinan, menghormati orang lain dan menyelesaikan konflik secara beradab,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa pendidikan kokurikulum harus berperanan menanam jati diri, maruah, kemanusiaan dan nilai moral yang jelas agar pelajar bukan sekadar tahu apa yang betul, tetapi berani melakukan yang betul.

Chiew turut menggesa Kementerian Pendidikan memperkukuh sokongan terhadap aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah, sambil menegaskan komitmen pejabatnya untuk terus membantu program pembangunan belia dan kerjasama rentas agensi.

“Dengan menanam nilai, membina jati diri dan memberi ruang kepada pelajar untuk belajar sambil memimpin, kita mampu melahirkan generasi Miri yang bijak digital, tinggi budi dan sedia berbakti kepada Sarawak serta Malaysia,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: IPD Betong raikan warga PDRM dalam majlis penuh kasih dan penghargaan
Next: Penduduk berdepan detik cemas, temui ular bawah singki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.