Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahli Parlimen Lubok Antu hadir dialog projek pembinaan Jalan Sebeliau-Bilalarap
  • WILAYAH

Ahli Parlimen Lubok Antu hadir dialog projek pembinaan Jalan Sebeliau-Bilalarap

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi telah menghadiri sesi taklimat dan dialog projek pembinaan Jalan Sebeliau–Bilalarap di JKR Lubok Antu semalam. Foto Facebook Roy Angau Gingkoi

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi telah menghadiri sesi taklimat dan dialog projek pembinaan Jalan Sebeliau–Bilalarap (reka dan bina) di Jabatan Kerja Raya (JKR) Lubok Antu semalam.

Beliau berkata projek ini melibatkan kawasan tanah milik penduduk tempatan termasuk tanah di kawasan beberapa rumah panjang yang bakal dilalui oleh jajaran jalan tersebut. 

Sesi dialog ini diadakan adalah bagi memberi penerangan lanjut berhubung pelaksanaan projek dan proses pampasan tanaman kepada pemilik tanah yang terlibat.

“Sesi dialog tersebut bertujuan memberi penerangan menyeluruh mengenai perancangan, pelaksanaan dan cabaran projek jalan berkenaan yang bakal memberi manfaat besar kepada penduduk setempat khususnya dari segi kemudahan perhubungan dan pembangunan sosioekonomi,” katanya.

Roy menegaskan komitmen beliau untuk memastikan projek ini berjalan lancar dan menepati jadual yang ditetapkan. Beliau turut menekankan pentingnya projek itu dilaksanakan secara telus, berkualiti dan mengambil kira keperluan serta kebajikan penduduk kampung yang terlibat.

“Saya amat mengalu-alukan projek ini kerana ia bukan sahaja akan memudahkan akses penduduk, tetapi juga membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat luar bandar,” ujarnya.

Kehadiran Roy mencerminkan komitmen beliau untuk memastikan suara penduduk didengar dan kebajikan mereka sentiasa diutamakan dalam setiap inisiatif pembangunan infrastruktur di kawasan Parlimen Lubok Antu.

Sesi dialog ini turut disertai oleh tuai rumah dari kawasan terlibat yang memainkan peranan penting dalam memberi maklum balas dan pandangan berhubung pelaksanaan projek.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembinaan Jalan Lingga-Banting, projek penting dinanti penduduk
Next: ‘Ngiling Tikai’ simbol penghormatan adat, budaya Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.