Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahli Parlimen Lawas berhari raya bersama keluarga dan kenalan di Trusan
  • Utara
  • WILAYAH

Ahli Parlimen Lawas berhari raya bersama keluarga dan kenalan di Trusan

Utusan Sarawak 9 hours ago
BERHARI RAYA…Henry Sum Agong dab Datin Tunong Palong berkunjung ke kediaman Awangku Jinal Abedin dan isteri Dayang Morsiah Datuk Hj Awang Daud di Taman Datuk Pengiran Jawa Trusan.

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong meluangkan masa mengadakan kunjungan Hari Raya Aidilfitri ke kediaman keluarga Islam di Trusan.

Kediaman Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa menjadi destinasi pertama, diikuti kunjungan ke rumah sepupu terdekat beliau, Kassim Salleh yang juga guru silat Persatuan Silat Sendeng Trusan.

“Inilah Sarawak, di mana kita bersaudara dalam kepelbagaian. Saya sendiri mempunyai sepupu beragama Islam iaitu Kassim Salleh, di mana bapanya adalah adik kepada mendiang bapa saya.

KELUARGA BESAR...Henry Sum merakam gambar kenangan bersama keluarga sepupu beliau Kassin Salleh di Trusan.

“Saudara Awangku Jinal Abedin juga adalah keluarga kita, begitu juga masyarakat Cina yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kita,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Awangku Jinal Abedin.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan antara kaum di Sarawak merupakan kunci kejayaan negeri ini, selain usaha berterusan pemimpin dan sokongan rakyat.

Henry Sum turut menyeru generasi muda agar terus memperkukuhkan semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang.

KELUARGA SARAWAK...Henry Sum Agong bersama (empat dari kanan) Awangku Jinal Abedin, (lima dari kanan) Steve Lius meraikan hari raya aidilfitri penuh meriah bersama rakan masyarakat cina dan lainnya di Trusan.

“Jika kita mahu terus maju dan berjaya, kita perlu menjaga perpaduan serta saling menghormati kepelbagaian budaya dan latar belakang di Sarawak.

“Selagi kita bersatu padu, tiada pihak luar mampu menggugat kita. Justeru, jangan memandang ringan soal perpaduan dan hindari sikap ekstrem dalam agama atau perkauman,” ujarnya.

Beliau turut berhubung dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga Muslimnya di Brunei ketika berkunjung ke kediaman Kassim Salleh.

Rombongan beliau turut disertai Datin Tunong Palong, Exco Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Steve Lius, Temenggong Davis Parag serta ahli jawatankuasa PBB Cawangan Ba’kelalan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah terbuka Wan Hamid eratkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sibu
Next: Elak perpecahan, kekalkan keharmonian kaum di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.