Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ahli Parlimen Julau sumbang RM30,000 kepada SMK Julau No.2
  • PENDIDIKAN

Ahli Parlimen Julau sumbang RM30,000 kepada SMK Julau No.2

Utusan Sarawak 1 day ago
TERIMA KASIH… Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan sumbangan kepada SMK Julau No.2. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien

JULAU: Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien telah menyumbangkan sumbangan keseluruhan sebanyak RM30,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No.2. 

Katanya, dari jumlah tersebut, RM20,000 adalah untuk membaiki penghawa dingin dan RM10,000 untuk membina gelanggang pickleball.

“Sumbangan ini diberikan sebagai tanda sokongan berterusan saya terhadap sekolah dan pendidikan di Julau.

“Saya lihat disiplin pelajar di sekolah ini agak tinggi, kalau kita lihat ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah ini, bukan sahaja dari Julau malah dari Kanowit, Selangau, Sibu dan tempat lain,” katanya. 

“Larry, yang juga Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya baru-baru ini.”

SELAMAT DATANG… Ketibaan Datuk Larry Sng Wei Shien disambut oleh para pelajar. Foto Facebook Datuk Larry Sng Wei Shien 

Tambahnya, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini kerana mereka mengetahui prestasi akademik para pelajar di sini lebih tinggi daripada keputusan kebangsaan.

“Oleh itu, saya berharap semua pelajar di sini dan sekolah lain berjaya dalam bidang pendidikan. 

“Saya juga menyediakan bantuan pendidikan menerusi Tabung Pendidikan Larry Sng (LSEF) bagi menggalakkan pelajar ke sekolah. Selain itu, kerajaan Sarawak turut memberi bantuan kepada para pelajar.

“Kami sentiasa mementingkan pendidikan dan berharap kami dapat bergerak ke hadapan dengan cepat bagi membantu pelajar kita,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: SMK Saratok catat kejayaan cemerlang SPM 2024, 98 peratus lulus sijil penuh
Next: KKSR Perkukuh TVET, meterai kerjasama dengan Joy Bakery

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.