Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahli Parlimen Batang Sadong teruskan tradisi ‘ngabang’ Gawai Dayak di Ulu Gedong
  • WILAYAH

Ahli Parlimen Batang Sadong teruskan tradisi ‘ngabang’ Gawai Dayak di Ulu Gedong

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee meneruskan tradisi kunjungan ‘ngabang’ sempena sambutan Hari Gawai Dayak ke beberapa kampung di kawasan pedalaman Ulu Gedong semalam. Foto UKAS

GEDONG: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee meneruskan tradisi kunjungan ‘ngabang’ sempena sambutan Hari Gawai Dayak dengan mengadakan lawatan ke beberapa kampung di kawasan pedalaman Ulu Gedong semalam.

Program ngabang tersebut melibatkan kunjungan mesra ke Kampung Kepayang Lama, Kampung Gayau Padok, Kampung Batu Pengasah, Kampung Munggu Ai dan Kampung Spaoh iaitu penempatan tradisional masyarakat Iban di kawasan Ulu Gedong.

Dalam setiap lawatan, Rodiyah disambut dengan penuh adat dan mesra oleh komuniti tempatan menerusi persembahan kebudayaan tarian tradisional dan hidangan istimewa Gawai.

“Tradisi ‘ngabang’ sempena Gawai Dayak adalah lambang perpaduan, semangat muhibah serta penghormatan kepada budaya masyarakat Dayak yang kaya dengan nilai warisan.

“Saya berbesar hati dapat bersama-sama meraikannya dan terus memelihara hubungan erat dengan rakyat di peringkat kampung,” katanya ketika ditemui semalam.

AHLI Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee meneruskan tradisi kunjungan ‘ngabang’ sempena sambutan Hari Gawai Dayak ke beberapa kampung di kawasan pedalaman Ulu Gedong semalam. Foto UKAS

Menurut beliau, sambutan Hari Gawai yang diraikan dengan penuh harmoni mencerminkan kekuatan nilai-nilai komuniti luar bandar seperti semangat gotong-royong, saling menghormati dan semangat kekitaan.

“Perayaan Gawai bukan sekadar pesta menuai atau simbolik hasil tuaian, tetapi turut menjadi wadah penyatuan pelbagai kaum serta memperkukuhkan identiti budaya yang menjadi tunjang kepada kestabilan sosial,” ujar beliau lagi.

Rodiyah turut menzahirkan rasa bangga terhadap semangat dan kerjasama komuniti Ulu Gedong yang terus berganding bahu dalam menjayakan sambutan tradisi itu.

Beliau menyifatkan kehadirannya bukan sekadar sebagai wakil rakyat, tetapi sebagai sebahagian daripada keluarga besar Batang Sadong, khususnya di kawasan Ulu Gedong.

–UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tradisi rumah terbuka perkukuh perpaduan kaum
Next: Rosey kunjungi pemimpin masyarakat di Saeh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.