Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ahli Parlimen bangkit isu jurang pembangunan
  • NASIONAL

Ahli Parlimen bangkit isu jurang pembangunan

Utusan Sarawak 5 years ago
AHLI Parlimen Baram, Anyi Ngau

KUALA LUMPUR: Isu jurang pembangunan dan ekonomi antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung terus menerus dibangkitkan Ahli Parlimen dari negeri berkenaan dalam persidangan Dewan Rakyat semalam.

Masalah infastruktur asas seperti kemudahan perbankan, kesihatan, bekalan elektrik dan air, capaian internet dan telefon menurut mereka, agak kritikal terutamanya di kawasan pedalaman.

Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) berkata, jurang pembangunan antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung adalah terlalu besar walaupun kedua-dua negeri mempunyai sumber asli yang banyak terutamanya minyak dan gas.

Beliau berkata, kekurangan infrastruktur asas itu juga memberi kesan dalam usaha menarik pelaburan sekali gus memberi kesan untuk ekonomi berkembang.

“Di Semenanjung semua negeri sudah dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya, malah ada banyak alternatif yang boleh dipilih jika mahu ke sesuatu tempat.

“Sekarang juga terdapat pelbagai projek mega melibatkan ratusan bilion ringgit.

“(Tetapi) kami di Sabah/Sarawak sekarang ini 2020 baru nak mula buat Lebuhraya Pan Borneo, lebuh raya itu pun banyak simpang kecil di kiri dan kanan ke rumah di sepanjang perjalanan,” katanya dalam usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, Anyi Ngau (GPS-Baram) berkata, Sarawak, negeri terbesar di Malaysia, memerlukan perhatian dan peruntukan yang lebih khusus bagi memajukan negeri itu sekali gus membantu sasaran mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Kita tahu dalam keadaan ekonomi sekarang memang susah sikit tapi oleh kerana kerajaan Perikatan Nasional ada visi kesejahteraan bersama jadi saya percaya inilah peluang untuk kita memberikan peruntukan kepada kerajaan Sarawak.

“Mengikut yang saya faham dari Unit Perancang Negeri Sarawak (SPU) kami memerlukan sekurang-kurangnya pertumbuhan (ekonomi) lapan peratus setiap tahun supaya kami akan mencapai tahap (negeri) maju.

“Justeru, tiada sebab yang kita dapat faham kenapa peruntukan ini tidak dapat disampaikan kepada Sarawak,” katanya.

Anyi turut berkata, bahawa keperluan kemudahan asas seperti jalan raya, internet dan hospital di Sabah dan Sarawak berada pada peringkat yang memerlukan intervention dari pihak kerajaan dengan segera. -Bernama

Continue Reading

Previous: APMM gagalkan cubaan seludup keluar syabu
Next: Penagih dadah tinggalkan dua anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.