Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ahli Majlis MPP jalankan pemeriksaan tapak bagi menangani isu penyelenggaraan di Zon 5
  • TEMPATAN

Ahli Majlis MPP jalankan pemeriksaan tapak bagi menangani isu penyelenggaraan di Zon 5

Utusan Sarawak 6 hours ago
AHLI majlis MPP mengetuai pemeriksaan.

KUCHING: Ahli Majlis Residen Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi Zon 5 yang meliputi kawasan Batu 3, Maong Bazaar, Arang, Semeba dan Kung Phing telah mengadakan pemeriksaan tapak bagi menilai keadaan kemudahan awam serta perkhidmatan perbandaran di kawasan berkenaan.

Semasa lawatan di Jalan Semeba, mereka mendapati rumput di beberapa bahagian parit tanah telah tumbuh panjang dan tidak diselenggara dengan baik.

Susulan itu, pegawai MPP telah diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan serta menyelaraskan kerja kerja penyelenggaraan yang diperlukan.

Menurut Kaunselor Alvin Chong, siasatan segera yang dijalankan oleh pegawai MPP mendapati masalah tersebut berpunca daripada kegagalan kontraktor penyelenggaraan melaksanakan kerja pemotongan rumput mengikut jadual yang ditetapkan.

“Majlis memandang serius perkara ini kerana ia memberi kesan secara langsung kepada persekitaran hidup penduduk.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Pengerusi MPP dan mengarahkan pegawai berkaitan untuk mengambil tindakan segera serta memastikan langkah pembetulan dilaksanakan.

“Tindakan sewajarnya juga akan dipertimbangkan terhadap kontraktor terbabit bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Beliau berkata MPP komited untuk memastikan kawasan di bawah pentadbirannya sentiasa bersih, selamat dan terurus serta akan terus memantau keadaan tersebut dari semasa ke semasa.

Kaunselor Alvin turut mengalu alukan maklum balas daripada penduduk dan menggesa orang ramai supaya melaporkan sebarang isu penyelenggaraan di kawasan kejiranan mereka agar tindakan segera dapat diambil.

“Maklum balas komuniti memainkan peranan penting dalam membantu kami mengenal pasti masalah di lapangan dan menambah baik penyampaian perkhidmatan. Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan kawasan ini kekal bersih, selamat dan terpelihara,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bintulu jadi Kluster Perindustrian Peralihan pertama di Malaysia
Next: Hornbill Hash House Kuching aktif promosikan gaya hidup sihat dan rekreasi luar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.