Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahli Kelab Kanshinkan Kendo Kuching juara Baginda Cup ke-8
  • SEMASA

Ahli Kelab Kanshinkan Kendo Kuching juara Baginda Cup ke-8

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAHNIAH… Dua ahli Kelab Kanshinkan Kendo Kuching mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerlah pada Kejohanan Baginda Cup ke-8 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUCHING: Dua ahli Kelab Kanshinkan Kendo Kuching mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerlah pada Kejohanan Baginda Cup ke-8 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut kenyataan kelab itu, kedua-dua peserta mewakili Kuching dalam kategori individu Kyu serta individu terbuka pada kejohanan anjuran Persatuan Kendo Malaysia tersebut.

“Salah seorang ahli kelab berjaya muncul juara bagi kategori Individu Kyu sekali gus mengharumkan nama Kuching di peringkat kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TAHNIAH… Dua ahli Kelab Kanshinkan Kendo Kuching mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya menyerlah pada Kejohanan Baginda Cup ke-8 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan pencapaian tersebut mencerminkan dedikasi serta komitmen tinggi ahli kelab dalam menjalani latihan secara konsisten.

“Keputusan ini juga membuktikan keberkesanan usaha kelab dalam melahirkan bakat tempatan serta mempromosikan seni bela diri kendo kepada masyarakat.

“Kendo bukan sekadar sukan kompetitif tetapi turut menitikberatkan nilai disiplin, hormat, ketabahan dan pembangunan diri.

“Melalui penyertaan dalam kejohanan peringkat kebangsaan itu, kami berharap lebih ramai masyarakat akan mengenali serta mendalami seni pedang Jepun ini,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai latihan atau penyertaan dalam kelab boleh menghubungi Logan Chai di talian 012-8089868.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri termasuk Sarawak
Next: PM Anwar dijangka umum pelan kesinambungan bekalan minyak negara pertengahan Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.