Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ahli CBO perlu ambil serius isu keganasan rumah tangga
  • SEMASA

Ahli CBO perlu ambil serius isu keganasan rumah tangga

Utusan Sarawak 8 months ago
KETUA Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff (dua, kanan) melakukan gimik Pelancaran Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) sempena Kembara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2024 di Kampung Nyabor, Sibu, hari ini. Turut serta Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (Strategik) Rosmahwati Ishak (kanan), Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Mohd Ali Taib (tiga, kanan), Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman (dua, kiri) dan Temenggong Stanley Geramong Bandar (kiri). FotoBERNAMA

SIBU: Isu keganasan rumah tangga menjadi antara permasalahan yang perlu diambil serius oleh ahli Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Maziah Che Yusoff berkata kesemua ahli CBO turut memainkan peranan penting dalam melindungi dan menyokong kumpulan sasar di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pengerusi dan ahli CBO merupakan orang yang paling dekat dengan komuniti, berfungsi sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa, khususnya kementerian ini dalam menangani penderaan, pengabaian serta keganasan yang dihadapi komuniti setempat.

“Ahli komuniti yang mengetahui tentang kes penderaan atau keganasan rumah tangga boleh melaporkannya melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat, balai polis, hospital terdekat, Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019- 2615999,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran Direktori CBO KWPKM@Sarawak di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor di sini, hari ini.

Menurutnya, ahli CBO terdiri daripada rakan strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meliputi pelbagai jawatankuasa dan sukarelawan kebajikan termasuk Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pasukan Pelindungan Kanak-kanak (PPKK) serta ahli komuniti.

Maziah berkata direktori CBO menjadi dokumen rujukan semasa dalam menyantuni kumpulan sasar dalam komuniti yang memerlukan bantuan.

“Direktori ini akan diperluaskan kepada semua daerah dan negeri di Malaysia bagi memudahkan capaian maklumat serta mempercepat tindakan yang diambil ahli CBO dalam membantu komuniti,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan statistik JKM setakat Julai tahun ini, seramai 541,832 menerima bantuan melibatkan peruntukan RM1.5 bilion, dengan 55,138 orang adalah penerima di Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM1.7 juta. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Program MADANI Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Next: Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.