Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Ah Ming popular kerana resipi Ayam Goreng Labu Stim
  • STAIL

Ah Ming popular kerana resipi Ayam Goreng Labu Stim

Utusan Sarawak 4 years ago
GORENG… Ayam dan sayuran yang telah digoreng dimasukkan ke dalam labu.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ramai yang menggunakan banyak masa terluang ini untuk melakukan hobi masing-masing.  Salah satu hobi yang popular ketika ini adalah memasak. 

Bagi wartawan Sin Chew Daily News Wilayah Sibuti, Wong King Ming atau lebih suka dipanggil Ah Ming, beliau bukan sahaja bijak menulis berita tetapi juga pandai ‘bersilat di dapur’.

Malah beliau yang telah berkecimpung di dalam  bidang kewartawanan lebih 20 tahun kini, kini menjadikan hobi memasak secara suka-suka itu  sebagai sumber pendapatan sampingan.

Satu resipi khas Ah Ming adalah Ayang Goreng Stim Labu yang bukan sahaja mudah dimasak tetapi amat berkhasiat.

“Hanya perlu masak ayam terlebih dahulu mengikut cita rasa sendiri dan sediakan labu. Dalam tempoh 45 minit, hidangan ini siap disediakan! Hidangan Ayam Goreng Stim Labu ini sangat sihat dan ringkas untuk dimasak di rumah pada bila-bila masa”, jelasnya.

Beliau yang suka dipanggil baru-baru ini Ah Ming telah memuat naik cara memasak Ayam Goreng Stim Labu di laman Facebook dan ternyata sambutannya di luar dugaan apabila mendapat perhatian dan tempahan daripada masyarakat Cina di sekitar Miri dan Batu Niah.

Mengimbau kisah resipinya yang mendapat sambutan itu, Ah Ming berkata ia bukan dirancang,

“Kebetulan ibu ada menanam labu, cuma ada sebiji labu yang boleh saya buat  demonstrasi masakan Ayam Goreng Stim Labu ini,” ujarnya.

Kata Ah Ming, beliau pernah menyertai kurus masakan tetapi lupa resipinya dan beliau juga malah hendak menyelongkar buku resipinya.  Beliau kemudian memasak mengikut resipi menu yang masih diingatinya, maka terhasillah Ayam Goreng Stim Labu ini.

Antara bahan yang diperlukan adalah sebiji labu saiz kecil, daging ayam, sayur-sayuran (kubis, anak jagung dan kacang) serta bahan tambahan lain berdasarkan permintaan pelanggan.

Proses pertama yang perlu dilakukan ialah membersihkan labu dengan memotong  bahagian atasnya secara membulat, buang biji dan seratnya.

Seterusnya adalah proses menggoreng  ayam dan sayuran sehingga separuh masak, kemudian sumbatkan  ayam dan sayuran yang dimasak tadi ke dalam labu.

Labu ini akan dikukus dan tempoh mengukus bergantung kepada saiz labu berkenaan. Biasanya labu yang bersaiz kecil boleh masak dalam tempoh kurang sejam.

“Rasa labu yang manis menambah keistimewaan resipi ini dan amat sesuai untuk menjadi hidangan bersama ahli keluarga,” kata Ah Ming.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Kelupis, makanan tradisi Sarawak
Next: Pendidikan seni kreatif rangsang imaginasi kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.