Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Agrofest Subis 2025 pacu ekosistem pertanian mampan
  • Utara
  • WILAYAH

Agrofest Subis 2025 pacu ekosistem pertanian mampan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TERIMA KASIH…Datuk Rosey Yunus menerima cenderahati daripada Pegawai Pertanian Miri, Hafriz Razak pada Majlis Perasmian Konsert Subis Agrofest 2025 di Dewan Masyarakat Batu Niah malam ini.

BATU NIAH: Penganjuran Agrofest Subis 2025 bukan sahaja menjadi platform mempamerkan kehebatan produk dan teknologi agromakanan tempatan, tetapi juga sebagai pemangkin kepada kerjasama erat antara komuniti, agensi dan pihak industri.

Program anjuran Jabatan Pertanian Sarawak itu merupakan inisiatif strategik bagi mempromosikan sektor pertanian secara menyeluruh, memperkasakan usahawan tani, serta memperkenalkan teknologi dan inovasi pertanian terkini kepada masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, program ini membuktikan bahawa dengan semangat kebersamaan dan sokongan padu semua pihak, telah mampu membina sebuah ekosistem pertanian yang progresif, berdaya saing dan mampan.

“Program kali ini merupakan program Agrofest kelima yang telah diadakan di seluruh Sarawak.

“Saya difahamkan sasaran pengunjung yang akan hadir sepanjang tiga hari penganjuran Agrofest Subis ini adalah seramai 5000 dengan sasaran jualan RM200,000.00.

“Sebelum ini, siri Agrofest 2025 bermula dari Limbang, kemudian ke Pakan (Sarikei), Tebedu (Serian), baru-baru ini di Spaoh (Betong) dan hari ini, kita di Daerah Subis, Bahagian Miri,” katanya pada Majlis Perasmian Konsert Subis Agrofest 2025 di Dewan Masyarakat Batu Niah malam ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, sehingga kini seramai 4,000 pengunjung telah hadir dan melawat Agrofest Subis dengan nilai anggaran jualan mencecah RM440,000.

“Sehubungan itu, saya mengambil peluang ini untuk menasihatkan semua supaya mula mengusahakan tanah- tanah yang terbiar dan tidak digunakan dengan menanam tanaman berpotensi dan bermanfaat.

“Jika memerlukan pandangan teknikal, Jabatan Pertanian sentiasa bersedia membantu,” katanya.

“Kita sedia maklum Kawasan DUN Bekenu ini mempunyai kawasan tanah yang luas dan tanahnya subur yang sesuai untuk aktiviti pertanian dengan bukti luasnya kebun-kebun kelapa sawit di sekitarnya,” katanya lagi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: TBBC Sri Aman hulur sumbangan kepada bekas peninju terjejas kebakaran
Next: SK Kalaka Central bakal berwajah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.