Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agrofest Serian 2025 meriah, tarik lebih 12,000 pengunjung
  • TEMPATAN

Agrofest Serian 2025 meriah, tarik lebih 12,000 pengunjung

Utusan Sarawak 4 days ago
TIMBALAN Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD), Datuk Martin Ben hadir memeriahkan Agrofest Serian 2025 di Dataran Mutiara, Tebedu hari ini. Foto UKAS

SERIAN: Penganjuran Agrofest Serian 2025 selama tiga hari di Dataran Mutiara, Tebedu mencatat kejayaan luar biasa apabila menarik lebih 12,000 pengunjung, sekali gus melepasi sasaran awal 4,000 orang.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD), Datuk Martin Ben berkata festival julung kali itu turut berjaya menjana pendapatan hasil jualan berjumlah RM195,000 setakat 11.00 pagi tadi.

ORANG ramai yanghadir memeriahkan Agrofest Serian 2025 di Dataran Mutiara, Tebedu hari ini. Foto UKAS

Menurut beliau, kejayaan penganjuran kali ini menunjukkan minat dan sokongan tinggi masyarakat terhadap pembangunan sektor agromakanan dan keusahawanan luar bandar.

“Mini Agrofest seterusnya akan diadakan di Selangau, manakala Agrofest Peringkat Negeri Sarawak dijadual berlangsung di Bintulu pada Ogos ini,” katanya pada Agrofest Serian 2025 di Dataran Mutiara, Tebedu hari ini.

Tambah beliau, Kementerian (MFICORD) juga merancang untuk menjadikan Bintulu sebagai lokasi tetap penganjuran Agrofest, yang bakal dinaik taraf setanding dengan pameran pertanian bertaraf nasional seperti Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA).

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lawas pemacu pembangunan utara Sarawak
Next: Tun Wan Junaidi, Abang Johari serikan Majlis Kesyukuran Sambutan 70 Tahun MIS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.