Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agrofest Sebauh perkasa komuniti tani menerusi pemindahan ilmu dan teknologi
  • TEMPATAN

Agrofest Sebauh perkasa komuniti tani menerusi pemindahan ilmu dan teknologi

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATO Sri Dr. Stephen Rundi Utom menyempurnakan gimik perasmian Agrofest Sebauh 2026 di Pekan Sebauh.

BINTULU: Agrofest Sebauh menjadi platform penting dalam memperkasa komuniti tani menerusi pemindahan ilmu, teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing sektor agromakanan di Sarawak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penganjuran program itu membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan khidmat nasihat, latihan dan bimbingan daripada Jabatan Pertanian serta agensi berkaitan untuk membangunkan perusahaan agromakanan secara lebih sistematik.

“Agrofest bukan sekadar platform jualan atau promosi hasil pertanian, sebaliknya memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan panduan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian mengenai potensi yang boleh dibangunkan di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Agrofest Sebauh 2026 yang berlangsung di Pekan Sebauh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rundi turut menggesa penduduk memanfaatkan tanah yang dimiliki dengan mengusahakannya secara produktif termasuk secara berkelompok.

“Cara ini dapat menjana pendapatan dan memanfaatkan pelbagai bantuan serta kemudahan yang disediakan kerajaan, berbanding membiarkan tanah terbiar atau menjualnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat berkata, Agrofest Sebauh menghimpunkan lebih 40 reruai melibatkan agensi kerajaan, sektor swasta dan usahawan tani yang mempamerkan teknologi serta inovasi terkini dalam sektor pertanian.

Menurutnya, Jabatan Pertanian turut mengenal pasti potensi Sebauh sebagai kawasan pengeluaran buah Nangchem berikutan permintaan yang semakin meningkat termasuk dari Brunei Darussalam, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai petani menceburi tanaman bernilai tinggi itu.

“Produk buah Nangchem dari kawasan ini bukan sahaja mendapat permintaan daripada pasaran tempatan, malah telah menembusi pasaran Brunei Darussalam. 

“Ini merupakan petanda yang baik untuk kita terus melibatkan lebih ramai petani dan pengusaha dalam tanaman sebegini,” ujarnya.

Justeru, beliau menggalakkan pengusaha mendapatkan pensijilan MyGAP bagi memastikan hasil pertanian memenuhi piawaian keselamatan makanan serta meningkatkan daya saing produk di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Continue Reading

Previous: Abang Johari tunai solat Jumaat bersama 3,000 jemaah di Masjid An-Nur Sibu
Next: JKKK Rumah Panjang Uma Daro harum nama Sarawak, raih anugerah peringkat kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.