Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agrobank tawar diskaun 50 peratus kadar keuntungan pinjaman modal pesawah
  • NASIONAL

Agrobank tawar diskaun 50 peratus kadar keuntungan pinjaman modal pesawah

Utusan Sarawak 2 hours ago
MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Foto Bernama

ALOR SETAR: Agrobank bersetuju menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus ke atas kadar keuntungan bagi kemudahan pakej pinjaman modal khusus kepada pesawah bagi mengusahakan tanaman padi pada musim akan datang.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata inisiatif itu bertujuan meringankan beban kewangan pesawah selain meningkatkan produktiviti serta daya saing sektor pertanian negara.

“Kerajaan amat memahami kesulitan modal yang sedang dihadapi oleh pesawah pada masa ini. Agrobank menyediakan pakej pinjaman modal kepada pesawah dan bersetuju memberikan diskaun 50 peratus ke atas kadar keuntungan bagi pinjaman ini,” katanya ketika berucap pada majlis Peluncuran Road To MAHA 2026 Peringkat Zon Utara di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata diskaun 50 peratus itu menjadikan kadar keuntungan pinjaman berkurangan kepada dua peratus berbanding empat peratus sebelum ini.

Katanya pakej pinjaman modal berkenaan ditawarkan sehingga RM50,000, namun kebanyakan pesawah lazimnya mengambil antara RM7,000 hingga RM10,000 bagi mengusahakan kira-kira tiga hektar sawah padi.

“Bagi mengelakkan pesawah kekurangan modal untuk memulakan penanaman padi, mereka boleh mendapatkan pinjaman ini mengikut kelayakan dan membuat bayaran balik selepas musim menuai,” katanya.

MAHA 2026 akan berlangsung diTaman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dari 28 Ogos hingga 6 September depan.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Operasi ruang udara Malaysia kekal berdaya tahan, CAAM perkukuh kecekapan
Next: LHDN galak pembayar cukai mohon e-invois bagi pelepasan cukai individu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.