Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Agrobank, PPNS meterai MoU untuk sokongan kewangan kepada petani
  • BISNES

Agrobank, PPNS meterai MoU untuk sokongan kewangan kepada petani

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TIMBALAN Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan), Datuk Dr. Abdul Rahman  Ismail (berdiri, dua kiri) menyaksikan MoU.

KUCHING: Agrobank dan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh sokongan kewangan kepada petani di negeri ini, sekali gus memperkasa sektor pertanian Sarawak.

Majlis menandatangani MoU tersebut diadakan sempena majlis sambutan Hari Raya Agrobank Wilayah Sarawak di sebuah hotel di sini, petang tadi. 

MoU itu ditandatangani oleh Pengurus Besar PPNS, Gom Raway dan Pengarah Wilayah Agrobank Sarawak, Abdul Halek Abdullah. 

Ia turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan), Datuk Dr. Abdul Rahman  Ismail; Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin serta Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, Syed Hairul Anuar Syed Fadzil.

Kerjasama strategik ini bertujuan menawarkan penyelesaian kewangan menyeluruh dan mampu memenuhi keperluan komuniti tani, serta meningkatkan penyertaan usahawan dalam industri agro makanan bagi menjamin keterjaminan makanan negara.

Pembiayaan yang disediakan Agrobank tertumpu kepada aktiviti pertanian mampan merangkumi pelbagai bidang seperti mekanisasi, pertanian pintar berasaskan ekonomi digital, pemprosesan hasil tani, inisiatif bioteknologi, penternakan serta agro-pelancongan.

Melalui usaha ini, Agrobank berharap komuniti tani di Sarawak dapat berkembang dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta negara menerusi sektor agromakanan.

Oleh Amanda L.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Awang Tengah: Rancang strategi tarik pelaburan ke Lawas
Next: Bekal tenaga elektrik ke Sabah selepas projek grid di utara Sarawak siap – Julaihi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.