Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Agro MADANI perkasa usahawan, tawar barangan mampu milik kepada rakyat
  • TEMPATAN

Agro MADANI perkasa usahawan, tawar barangan mampu milik kepada rakyat

Utusan Sarawak 15 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Datuk Hamzah Brahim bersama tetamu yang lain merakam kenangan di pintu gerbang Program Jualan Agro MADANI, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Program Jualan Agro MADANI (JAM) terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila menjadi antara platform utama dalam memasarkan hasil pertanian tempatan.

Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan ekonomi usahawan tani, malah turut membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga yang berpatutan, selari dengan matlamat kerajaan memperluas akses kepada produk segar dan berkualiti.

Menerusi penganjuran oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Program Jualan Agro MADANI (JAM) terus mengekalkan momentum positif sepanjang 2025.

SIMBOLIK… Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup melakukan simbolik perasmian pada Program Jualan Agro MADANI, hari ini.

Ini susulan kejayaan cemerlang pada 2024 yang menyaksikan sebanyak 7,295 program dilaksanakan di seluruh negara, dengan nilai jualan mencecah RM162.45 juta.

Program berkenaan turut mencatat penjimatan sebanyak RM43.64 juta kepada pengguna, melibatkan penyertaan 92,065 usahawan serta memberi manfaat kepada lebih 4.28 juta pengguna di seluruh negara.

Bagi 2025, KPKM menerusi FAMA menyasarkan 3,500 program dengan nilai jualan RM52.5 juta.

Setakat ini, 52,500 usahawan telah terlibat, memberi manfaat kepada 1.75 juta pengguna dan penjimatan sebanyak RM15.75 juta.

Di Sarawak sahaja, nilai jualan mencecah RM7.58 juta membabitkan 475 lokasi program pada 2024, manakala bagi 2025, FAMA Sarawak menyasarkan 350 program dengan nilai jualan keseluruhan RM191,062.10 setakat 31 Julai lalu.

SEGAR… Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tekun mengisar buah-buahan tempatan untuk menghasilkan jus segar pada Program Jualan Agro MADANI.

Majlis pelancaran Program Jualan Agro MADANI Edisi Khas Bulan Kebangsaan hari ini diadakan di pekarangan Masjid Al-Malik Uni Garden dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N.17 Stakan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup menyempurnakan majlis, diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri N.17 Stakan, Datuk Hamzah Brahim serta Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri.

Suasana di tapak program hari ini cukup meriah dengan kehadiran orang ramai yang bukan sahaja datang untuk membeli barangan segar pada harga rendah, malah mengambil peluang berinteraksi terus dengan para usahawan tempatan.

Bagi Raffles Jaye, 42, penduduk Uni Garden, program ini sangat membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga.

“Harga di sini jauh lebih murah daripada pasaran biasa, barang pun segar. Saya harap FAMA dapat adakan program seperti ini lebih kerap,” katanya sambil tersenyum puas selepas membeli bekalan sayur dan buah-buahan.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk Happy Hour Sale, Kempen Makan Buah-Buahan Tempatan serta agihan buah nanas percuma kepada pengunjung.

SEKITAR suasana Program Jualan Agro Madani (JAM) di pekarangan Masjid Al-Malik Uni Garden.

Inisiatif ini bukan sahaja memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan malah menggalakkan masyarakat menyokong produk tempatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

FAMA juga melangkah ke hadapan melalui Program Rantaian Pembekalan dan Pengedaran Agromakanan (RANTAI) di bawah RMK-13 dengan peruntukan RM3.5 juta bagi Sarawak untuk tempoh 2026–2030.

Ia menyasarkan 200 petani atau usahawan, pembinaan tujuh Pusat Pengumpulan Ladang (PPL), 13 pusat jualan sementara, pengendalian 800 metrik tan hasil setahun dan pembukaan 12 pasaran baharu termasuk di Kapit dan Sri Aman.

Komitmen ini membuktikan usaha berterusan FAMA dalam memastikan hasil tani berkualiti dapat diakses dengan mudah dan pada harga berpatutan, seterusnya memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pelancong Jerman maut di Mauritius selepas jatuh 125 meter dari gunung
Next: Christopher Gira sambut baik cadangan tanding Ketua Pemuda PRS Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.