Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AgriCOP tingkat input pertanian luar bandar
  • TEMPATAN

AgriCOP tingkat input pertanian luar bandar

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK MU… Simoi Peri menerima cenderamata daripada pihak Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman sambil disaksikan oleh Pegawai Daerah Sri Aman, Mohd Ashree Wee ketika berlangsung AgriCOP di Kampung Melayu Stumbin, Sri Aman pada Selasa lepas.

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri telah merasmikan ‘Agriculture Community Outreach Programme’ atau AgriCOP yang berlangsung di Balai Raya, Kampung Melayu Stumbin di sini pada Selasa lepas.

AgriCOP ini telah diadakan buat kali kedua di kawasan DUN beliau dengan aktiviti lebih tertumpu kepada latihan pembuatan bubur pedas serta taklimat teknologi tanaman padi dan ruminan untuk 30 orang peserta.

Simoi memberitahu pelaksanaan AgriCOP tersebut adalah merupakan salah satu program Kerajaan Sarawak dengan RM120,000 diperuntuk bagi melaksana enam program AgriCOP dan satu lawatan di kawasan tadbirnya sekarang ini.

“Jabatan Pertanian Sarawak telah dilantik sebagai agensi pelaksana AgriCOP dengan objektif utamanya adalah meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran penduduk di sini dalam sektor pertanian.

“Malah program berkenaan juga akan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup keluarga tani di DUN Lingga di samping meningkatkan pengeluaran input pertanian masing-masing pada masa akan datang,” kata beliau.

Selain itu Kerajaan Sarawak katanya juga telah melaksanakan Program Fasilitasi Pertanian dengan setiap ADUN diperuntuk sebanyak RM1 juta bagi tujuan itu di bawah  seliaan pihak Jabatan Pertanian Sarawak untuk bantuan input.

“Ia adalah merupakan Kerajaan Sarawak untuk mempertingkatkan input pertanian dalam kalangan penduduk luar bandar sejajar dengan hasrat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mahu mewujudkan ‘food basket’ di negeri ini.

“Justeru dengan adanya kemudahan yang disedia oleh Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Pertanian maka saya yakin pendapatan para nelayan, petani, pekebun dan penternak di DUN Lingga akan dapat dipertingkat pada masa akan datang,” kata beliau.

Terdahulu Simoi pada akhir Ogos lepas telah pun merasmikan AgriCOP anjuran Jabatan Pertanian Sarawak yang pertama di dalam kawasan tadbirnya bertempat di Stesen Perikanan Darat Lingga di sini.

AgriCOP pertama di DUN Lingga pada akhir Ogos lepas tersebut menyaksikan Simoi mengumum pembinaaan Rumah Persatuan Nelayan Lingga yang menelan kos sebanyak RM150,000.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Mangsa kebakaran dapat perhatian Bikers
Next: Naik taraf Klinik Kesihatan Beluru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.