Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong zahir ucap selamat kepada Sultan Brunei
  • NASIONAL

Agong zahir ucap selamat kepada Sultan Brunei

Utusan Sarawak 4 hours ago
Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan sembah ucap selamat kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang bakal menjalani rawatan lutut pada hujung minggu ini.

“Patik serta rakyat mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku selamat menjalani rawatan ini dan dikurniakan Allah SWT kesembuhan yang sempurna, serta dipermudahkan semua urusan berkaitan,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Semalam, kenyataan Jabatan Perdana Menteri Brunei memaklumkan bahawa Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan pada 18 Januari ini.

Setelah pembedahan, tempoh pemulihan baginda dijangka mengambil masa selama dua hingga tiga bulan termasuk sesi fisioterapi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat – Azam Baki
Next: Suhu serendah 18 darjah celsius, penduduk Dungun teruskan aktiviti harian seperti biasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.