Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong terima menghadap pelakon antarbangsa terkenal Fan Bingbing
  • NASIONAL

Agong terima menghadap pelakon antarbangsa terkenal Fan Bingbing

Utusan Sarawak 6 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pelakon terkenal antarabangsa, Datuk Fan Bingbing. Foto facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pelakon antarabangsa terkenal yang juga Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Datuk Fan Bingbing.

Pelakon utama filem Mother Bhumi itu berperanan dalam mempromosikan Malaysia menerusi industri perfileman antarabangsa.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada Selasa (12 Mei).

Hadir sama, penerbit Mother Bhumi Wong Kew Soon, pengarahnya Chong Keat Aun yang memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa dan pengurus Fan Bingbing yang juga anak kelahiran Johor Jersey Chong.

Mother Bhumi adalah sebuah filem Malaysia menampilkan pelakon antarabangsa terkenal Fan Bingbing bersama Natalie Hsu (Hong Kong) dan Bai Run-yin (Taiwan) serta pelakon tempatan Pearlly Chua, Alvin Wong, Rithaudin dan Pauline Tan.

Mengadunkan sejarah, dongeng rakyat dan kepercayaan mistik yang berakar umbi di Kedah, filem itu yang berlatarkan era lewat 1990-an di kawasan pedalaman berhampiran sempadan Thailand mengisahkan seorang wanita yang bekerja sebagai pesawah di siang hari dan bomoh pada waktu malam. 

Filem itu juga membawa pengiktirafan antarabangsa serta mengharumkan nama Malaysia menerusi pencapaiannya di pentas perfileman dunia termasuk Golden Horse Awards, Tokyo International Film Festival dan Far East Film Festival. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tengku Hassanal iringi anggota rombongan cedera dapatkan rawatan
Next: Kepercayaan waris jemaah jadi pembakar semangat petugas Haji TH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.