Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong terima menghadap Ketua Setiausaha Negara
  • NASIONAL

Agong terima menghadap Ketua Setiausaha Negara

Utusan Sarawak 3 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Foto Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri Datuk Muhammad Razman Abu Samah.

Beberapa keping gambar sesi menghadap itu turut dikongsikan dalam hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sementara itu, Shamsul Azri menerusi hantaran di Facebooknya merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda yang menerima beliau menghadap pada pagi ini.

Pada pertemuan itu, beliau mempersembahkan perkembangan terkini berkenaan projek-projek pembangunan Persekutuan di Johor untuk makluman Seri Paduka Baginda.

“Patik menjunjung titah Tuanku yang sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap pelaksanaan segera projek-projek berkepentingan rakyat, khususnya dalam memperkukuh pembangunan ekonomi negara dan negeri Johor,” katanya.

-Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Dua penuntut IPG lemas: Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak – APMM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.