Agong terima menghadap Ketua Polis Negara

Facebook
WhatsApp
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di Istana Bukit Tunku, di sini.

Menurut perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu bertujuan menyembah maklum mengenai isu semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta aspek keselamatan negara.

Mohd Khalid diiringi Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Ibrahim Darus dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM Datuk M Kumar. 

Pertemuan ini merupakan yang pertama bagi Ibrahim dan Kumar sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam PDRM.

-Bernama

IPU Serian masih tertinggi, catat 241

KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 241 setakat 8.00 pagi ini, berada dalam