Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas FRU
  • SEMASA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas FRU

Utusan Sarawak 11 hours ago

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan membabitkan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak, pagi tadi.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar ini.

“Semoga roh mereka semua diberkati dan dirahmati,” titah Yang di-Pertuan Agong dalam hantaran menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi tadi, sembilan anggota FRU maut manakala dua lagi cedera parah selepas lori FRU dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Saksi dengar dentuman kuat, jeritan anggota FRU
Next: Menteri kabinet zahir simpati, anggap kehilangan besar kepada negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.