Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Guru
  • SEMASA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Guru

Utusan Sarawak 1 day ago
Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di negara ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah guru adalah insan hebat yang mencurahkan ilmu mereka tanpa mengharapkan balasan demi membentuk masyarakat cemerlang.

“Tanpa guru tiadalah ilmu, tanpa ilmu gelaplah arah itu. Guru adalah cahaya menerangi jalan kita ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

“Terima kasih kepada semua guru atas jasa dan pengorbanan anda, sama ada di bandar mahu pun pedalaman, bakti kalian tetap dikenang,” titah Seri Paduka Baginda.

Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan 2025 kali ke-54 diadakan di Kuching, Sarawak bermula Rabu bertemakan ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM Anwar sampaikan ucaptama di KazanForum
Next: Peranan APEC lebih ketara dalam senario ketidaktentuan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.