Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia
  • NASIONAL

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

Utusan Sarawak 3 hours ago
FOTO kredit Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia yang akan disambut esok.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati Allah SWT dengan keamanan yang berpanjangan dan dilindungi daripada sebarang musibah.

Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur atas perpaduan serta semangat muafakat dalam kalangan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi tunjang kekuatan negara sejak dahulu.

Sambutan Hari Malaysia 2025 yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ akan berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth esok, dengan menampilkan pelbagai pengisian menarik mulai 9.00 pagi.

Edisi kali ini diadakan di Pulau Pinang selaras dengan amalan penggiliran lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia setiap tahun.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Saintis bimbang status terumbu karang negara, syor pewartaan 24 kawasan marin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.