Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong perkenan lantik Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM – KSN 
  • NASIONAL

Agong perkenan lantik Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM – KSN 

Utusan Sarawak 4 hours ago
AGONG perkenan pelantikan Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 13 Mei.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM atau Akta 694.

“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelantikan Abdul Halim bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menyandang jawatan itu dan dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan senarai calon bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Seri Paduka Baginda, semalam.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan AKF selari dengan keperluan pasaran buruh – KESUMA
Next: “Saya akan rindu momen makan-makan,” kata Duta Sepanyol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.