Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong kurnia surat cara pelantikan kepada tiga hakim
  • SEMASA

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada tiga hakim

Utusan Sarawak 17 hours ago
YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan bergambar kenangan pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan di Istana Negara hari ini. Turut bersama Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tiga hakim di Istana Negara di sini.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Lee Swee Seng.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada dua Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Dr Lim Hock Leng.

Antara yang turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Turut hadir Peguam Negara Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Zamri Bakar serta Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Salinah Ismail.

Lee sebelum ini adalah Hakim Mahkamah Rayuan, manakala Hayatul Akmal dan Lim masing-masing Hakim Mahkamah Tinggi sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Selesai pengurniaan surat cara pelantikan, Seri Paduka Baginda bergambar bersama hakim-hakim yang baru dilantik.– Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar lonjak Malaysia, ASEAN sebagai suara utama selatan global
Next: Malaysia tuan rumah acara sampingan WHA78 di Geneva, Switzerland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.