Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 14 hakim
  • NASIONAL

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada 14 hakim

Utusan Sarawak 5 hours ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama selepas berangkat menerima menghadap serta mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim di Istana Negara, di sini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim di Istana Negara, di sini.

Istiadat berkenaan dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan kepada Datuk Ravinthran Paramaguru dan Datuk Azmi Ariffin.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh, Datuk Seri Mohd Radzi Harun, Datuk Aliza Sulaiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh, Dean Wayne Daly dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut mengurniakan surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi kepada enam individu, iaitu Dr Suzana Muhamad Said, Yusrin Faidz Yusoff, Arziah Mohamed Apandi, Datuk Hazizah Kassim, Gan Techiong dan Suriyati Hasimah Mohd Hashim.

Istiadat berkenaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Turut hadir Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pada istiadat berasingan, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 17 Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Antara ahli MAINPP itu ialah Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua MAINPP Datuk Ahmad Shaziy Ismail Bakti, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Zulkifli Long dan Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Wan Nor Sakina Saad. 

Turut menerima surat cara pelantikan ialah Pegawai Kewangan Negeri Datuk Zairi Mat Ali, Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail serta Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.- Bernama

Continue Reading

Previous: Harga bekalan makanan kekal stabil – FAMA
Next: Kerajaan jamin tiada dasar subsidi mengejut, lindungi rakyat berpandukan data – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.