Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong isytihar darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya
  • NASIONAL

Agong isytihar darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perjumpaan Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBCC) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perjumpaan Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBCC) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen semalam. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen  Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, sekali gus membatalkan dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) dua kerusi berkenaan. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Seri Paduka bertitah demikian selepas memperhalusi penjelasan beliau yang menyembah maklum nasihat jemaah menteri berhubung perkara itu.

“Seri Paduka Baginda telah berkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua PRK tersebut setelah berpuas hati bahawa adanya keperluan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia bagi memasyhurkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No. 2) 2020 Sn Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 di bawah Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan PRK Gerik dan Bugaya yang dijadualkan 16 Januari 2021 dibatalkan dan ditangguhkan ke suatu tarikh akan ditentukan kelak.

“Saya bagi pihak jemaah menteri menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Seri Paduka Baginda atas perkenan untuk mengisytiharkan darurat bagi kedua-dua bahagian pilihan raya berkenaan,” kata Muhyiddin dalam kenyataan.

Muhyiddin berkata, jemaah menteri pada 4 Disember lalu telah membincangkan secara terperinci akan kesan PRK Gerik dan Bugaya jika diadakan pada masa pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.

Perdana menteri berkata, mengambil iktibar penularan Covid-19 susulan Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas, jemaah menteri berpandangan kedua-dua PRK itu perlu dielakkan atas faktor ancaman kesihatan awam, ancaman ke atas kehidupan ekonomi dan ancaman ketenteraman awam.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 16 Januari depan susulan kematian wakil rakyat kedua-dua kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November lalu di Raub, Pahang akibat serangan jantung, sementara, ADUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah pula meninggal dunia keesokan harinya (17 November) kerana komplikasi penyakit buah pinggang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Prof Diraja Ungku Aziz meninggal dunia
Next: Program Pembaharuan Bandar untuk rumah pangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.