Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Agong bertemu Putin pada lawatan negara pertama
  • GLOBAL

Agong bertemu Putin pada lawatan negara pertama

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di sini, hari ini.

MOSCOW: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertemu Presiden Rusia Vladimir Putin pada majlis sambutan negara di Grand Kremlin Palace di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim tiba di Kremlin pada kira-kira 3 petang sebelum berangkat ke St. George’s Hall, dewan besar dihiasi tiang marmar putih dengan salutan emas.

Seri Paduka Baginda disambut Putin secara rasmi di dewan tersebut disusuli kedua-dua pemimpin bergerak ke Green Room bagi menghadiri mesyuarat rasmi.

Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pengiring, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Amran Mohamad Zin dan Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Cheong Loon Lai.

Bersama Putin pegawai-pegawai kanan Rusia termasuk Pembantu Presiden Rusia bagi Hal Ehwal Antarabangsa Yury Ushakov, Menteri Pembangunan Ekonomi Maxim Reshetnikov, Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Valery Falkov, Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Alexander Pankin dan Timbalan Menteri Pertahanan Alexander Fomin.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Seorang maut, sembilan cedera dalam kebakaran hutan besar di Perancis
Next: Nahas bot laju di Bali, mayat dua rakyat China ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.