Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong berkenan rasmi, pandu ETS3 dari Kuala Lumpur ke Kluang
  • NASIONAL

Agong berkenan rasmi, pandu ETS3 dari Kuala Lumpur ke Kluang

Utusan Sarawak 16 hours ago

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan dua set pertama Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan selatan di Stesen Keretapi Kuala Lumpur di sini. Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan Tren Elektrik (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan selatan di Stesen Kuala Lumpur di sini.

Terdahulu, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di Stesen Kuala Lumpur pada 7.45 pagi disambut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Usai Majlis Peluncuran Khas ETS3, Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri tren ETS3 yang berkeupayaan mencapai kelajuan hingga 140 km/j itu, menuju ke Stesen Kluang di Johor.

Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam pemanduan yang mengambil masa kira-kira 3 jam 30 minit itu ialah Loke, Shamsul Azri dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.

Di Stesen Kluang, Sultan Ibrahim dijadual berkenan menyempurnakan perasmian Laman Rel Mahkota, sebuah taman awam ikonik sepanjang 2.8 kilometer yang dibangunkan di bawah jajaran viaduct Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.

Selepas majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda kemudian dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki ETS3.

Sultan Ibrahim sebelum ini mencatat sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Sultan pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada 2010 dan pernah memandu kereta api pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ 2010).

Seri Paduka Baginda memperoleh lesen memandu kereta api serta melakukan prosedur turn table bagi memusingkan lokomotif 86 tan dalam tempoh 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan sekali gus diiktiraf sebagai sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari.

Selasa lepas, Sultan Ibrahim turut berkenan memandu ETS2 dari Kuala Lumpur ke Rawang.

Loke sebelum ini dilaporkan berkata kedua-dua set tren ETS3 jenis Electric Multiple Unit (EMU) bagi laluan selatan ke Johor Bahru Sentral, sedang menjalani ujian teknikal dan sekiranya semua berjalan lancar, ia akan mula beroperasi bulan ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Polis sahkan dua pelajar maut jatuh kondominium, siasat dakwaan buli
Next: Pelajar OKU hasilkan jalur gemilang guna cap tangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.