Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong berkenan kurniakan Rumah Wilayah Prihatin
  • NASIONAL

Agong berkenan kurniakan Rumah Wilayah Prihatin

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 10 Sept -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan (empat, kanan) mengurniakan Rumah Wilayah Prihatin Kepada 54 Penerima Terpilih di Kompleks Komuniti Muhibbah, Bukit OUG hari ini. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga, kanan). Program Rumah Wilayah Prihatin yang dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tenaga Nasional Berhad dan Yayasan Wilayah Persekutuan ini memberi peluang keluarga miskin tegar yang menjadi penyewa projek perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) sedia ada, memiliki rumah sendiri dengan lebih selesa. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan (empat, kanan) mengurniakan Rumah Wilayah Prihatin Kepada 54 Penerima Terpilih di Kompleks Komuniti Muhibbah, Bukit OUG semalam. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga, kanan). • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli mengurniakan Rumah Wilayah Prihatin kepada 54 penerima terpilih.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ke Majlis Pengurniaan Rumah Wilayah Prihatin, kira-kira 11.00 pagi di Kompleks Komuniti Muhibbah di sini semalam disambut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selepas majlis pengurniaan rumah berkenaan kepada penerima, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama mereka, satu cerminan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap golongan tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup.

Program Rumah Wilayah Prihatin dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), TNB dan Yayasan Wilayah Persekutuan, memberi peluang keluarga miskin tegar yang menjadi penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) sedia ada, untuk memiliki rumah sendiri. – Bernama

Continue Reading

Previous: MSM gesa Zahidi dirujuk ke JHK
Next: PRN SABAH: UMNO tanding 31 kerusi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.